Sahabat

welcome to my blog



Friday, 2 March 2018

Bajet bercuti di Melaka

Assalammualaikum ,

Ini throwbacks balik , qiela pergi melaka masa cuti thaipusam baru2 nie .
 2D1N 

Dah ada anak mesti pergi ke zoo kan , sampai2 kat melaka terus pergi ke zoo melaka . 

Dewasa : RM 17.80 seorang
Kanak2 atas 4-12tahun : RM 7.10 
Sebelum masuk dalam zoo , make sure beli parking kupon siap2 kat pintu masuk parking zoo , sehari RM 5 . Dah beli untuk sehari jadi tak payah risau pasal saman dah .hehee

Kami masuk awal pagi , pukul 12 tengah hari kami bertolak ke bandar melaka untuk check in hotel , hotel paling menarik pernah qiela masuk . Fantacy hotel , dapat pulak tema hello kitty sapa yang tak suka .Lagi2 lily, masuk je bilik dia dah sebut wow ...




Sampai ke toilet pun dihias dengan hello kitty , en suami pening kepala . Dia kata kenapa tak pilih super hero .πŸ˜‚Qiela booking bilik nie kat booking.com .Semalam RM 88 harga termasuk GST RM 95 . Tapi kalau hari weekend mahal sikit harga bilik nya πŸ˜…. Memang berbaloi , parking depan hotel , dan mereka akan letakkan kupon parking .Disebabkan qiela dah beli kupon untuk sehari tu , pihak hotel akan letak kupon parking pagi keesokkan nya . Hotel nie betul2 bersebelahan dengan rumah terbalik .

Petang tu kami jalan2 ke mamee di jonker walk 
Belilah set dapat beg RM 13 

Malam pulak kami naik melaka river cruise 
Harga tiket Dewasa RM 13 
Untuk kanak2 atas 2tahun RM 6.50
Harga dah turun berbanding tahun sebelum nie , disebabkan dulu bagi free gift sekarang dah tak ada .



Turun dari sini terus hujan , kesian kat lily . Kami pun tahan beca , untuk hantar ke hotel .Kena cas RM 15 tapi ok lah kesian orang tu kayuh utk bawa kami .
Dapat tema doreamon , tapi qiela mintak pasang lagu baby shark , suka lah lily dengar lagu yg dia minat .
Untuk bajet tol pulak qiela dari shah alam dalam RM 39 
Minyak dalam RM 100 kereta viva πŸ˜„.
Ok tamat dah ...

Saturday, 4 June 2016

Suamiku MR MAMA

Assalammualaikum..

Korang mesti pelik kenapa MR MAMA?
Dia tak kerja ke?bukan macam tu,suami saya berkorban masa lepak,kerja semata-mata ingin menjaga princess kami,.alhamdulilah sekarang princess saya sudah 5bulan.

Tak pernah sekalipun dia merungut sepanjang jaga princess kami,.Kenapa tidak saya yang berhenti kerja?
Tak boleh saya masih ada kontrak kerja dengan company if berhenti saya kena bayar.

Hati saya cukup sakit dan terluka tiap kali orang menghina suami saya,.Dia bukannya goyang kaki di rumah,dialah yang masak,kemas rumah.Kiranya tugas kami jadi terbalik tu sahaja .

Tiap pagi dia akan bangun awal untuk siapkan bekal untuk saya bawa pergi kerja,balik kerja pun sudah terhidang makanan.Basuh baju,sidai baju semua dia buat,termasuk baju kerja saya sudah siap iron.

ABANG MEMANG SEORANG SUAMI YANG HEBAT!!

Kenapa saya tulis semua ini?
Tolonglah hentikan kata-kata penghinaan
Yes,memamg saya yang bayar semua bil,setidaknya dia ada juga tolong belanja rumah dengan biz on9 dia...

Sesiapa yang nak beli barangan baby ataupun barangan am boleh lah cari page facebook Lily EZ Enterprise..support MR MAMA kite nia

Nak share pun boleh..
Terima kasih semua..

Saturday, 15 November 2014

Medan,Indonesia

Assalammualaikum...

Pengalaman bercuti di medan,indonesia sememangnya menyeronokkan.Saya ikut company trip ke sana.Tambang fight free,makan free,hotel pun free.Cuma bawak duit belanja je.hihihi..
Tukar duit malaysia rm300 dpat dlam Rp 1juta lebih.Ingat bnyak ke 1juta tu?lau boleh jgn tukar smua 100ribu tukar duit kecik2 jgak.Rate tukar time tu RM 278 = Rp 1juta.Jgn lupa buat list duit malaysia dan sne..

Kami ikut tour guide,ingatkan barang2 kt medan nie murah.Harganya lebih kurang sama kat Malaysia.Kat sana korang kena pandai tawar menawar if betul2 nak beli,jangan pula xnak beli tapi nak menawar tu cari pasal namanye.

Harga utk hotel,kami duk Hotel Tiara memang cantik dan bersih.Satu malam Rp 488 ribu ++,included breakfast.Breakfast die memang sedap.Duit malaysia dalam rm150 semalam.

Kat sana pun ada Sogo macam kat Malaysia nie..Kami ada jugak pergi pasar ikan,tapi xbeli apa2 pn sebab peniaga kt sana sanggup tnggalkan kedai mereka ikut kami sampai dlam bas.Sungguh menakutkan.Saya sempat beli telekung kt kedai pemborong yg tour guide berhenti.

Yang terbaik malam terakhir nak balik tu,rupanya hotel kat situ ada mnyediakan perkhidmatan urut mereka akan dtg ke bilik.Satu jam Rp 150ribu duit malaysia dalam rm 40.Yelah penat berjalan mesti badan pun terasa tercabut skru.Hari terakhir baru sy sibuk nak beli t-shirt,,,sebab mereka tahu kami pn dah nak balik malaysia lagi murah mereka bagi,,5helai t-shirt Rp 110 ribu,RM 30...

Bila nak balik tu kami singgah beli Bika Ambon dan kek lapis.Di sana terkenal dgn bika ambon memang sedap,yg kami beli jenama Khadijah.Harga satu petak besar tu Rp 47 ribu rm13.9
dan kek lapis petak besar dlam Rp 85ribu Rm 23..
Selamat bercuti...;)

Sunday, 12 October 2014

Waktu Urusan Pejabat Imigresen UTC Kuala Lumpur

Assalammualaikum..

Saya nak kongsi sikit pengalaman membuat pasport di UTC Kuala Lumpur.

Waktu Urusan:

Isnin - Ahad = 8.00pagi - 10.00 malam
Rehat = 7.00 malam - 8. 00 malam
Rehat Jummat = 12.45tengah hari - 2.45 petang
tutup cuti umum

OK,nak jelaskan dekat sini sememangnya waktu urusan sampai pukul 10.00malam.Tetapi nombor giliran akan habis walaupun baharu pukul 8.30 pagi.
Jadi jangan terkejut apabila melihat "HARAP MAAF NOMBOR GILIRAN SUDAH MEMCAPAI TAHAP MAKSIMA".
Selalunya hari sabtu dan ahad.Saya dan suami dari rumah pukul 7.00pagi sudah bertolak dari rumah.
Alhamdulilah saya dapat nombor giliran walaupun yang ke 300.
Selesai semua pukul 9.00malam.Kami parking di UTC dari 8.00pagi-9.00malam RM 27.50.

Bagi perempuan melayu yang bertudung siap-siap pakai tudung warna gelaplah ea.


Saturday, 6 September 2014

Perniagaan Online Terbaik

Assalammualaikum....

Kali ni saya nak berkongsi peniaga online yang saya selalu beli dan boleh dipercayai.
Jujur zaman sekarang bukan mudah pengguna di luar sana untuk mempercayai peniaga yang menjual secara online.Saya menjadi pelanggan mereka sudah masuk empat tahun.

Pertama https://www.facebook.com/SalSafiyya?fref=ts
boleh cari di facebook Sal Safiyya
di sini saya suka beli kain baju kebaya,sangat cantik dan harganya murah!

koleksi tudung dan shawl dia pun sangat cantik taw...ini contohnye
kalau dah berkenan tu apa lagi pergilah melawat facebook dia,,,kalau facebook Sal Safiyya dah penuh,boleh pergi Sal Safiyya II dengan Sal Safiyya Apparel.Kualiti kainnya yang terbaik dan memang puas hati.

SELAMAT BERSHOPPING UOLLS!!!


Monday, 1 September 2014

kucing ubati STRESS...

Assalammualaikum,,,

Lama pulak rasenya tak update blog nie.Kali ni nak berkongsi pengalaman menjaga kucing.
Mula2 bela seeokor je kucing.Tengok kt mudah ada yang nk bagi kucing masa tu pulak tengah sunyi duk rumah.Ialah suami selalu kerja malam balik pulak keesokan pagi.Agak takut tinggal kat rumah sorang-sorang.Tuan kucing tu kate Adik nie takut dengan orang dan tak pernah keluar daripada rumah.Nama kucing tu Adik,,memang comel sangat umurnye sudah setahun..
Itulah adik selalu tidur sebelah kite.Pandai betul die gune bantal..Disebabkan kesian tengok adik sorang2 kami pun ambik lagi kucing kali nie anak kucing tiga ekor.
lagi seekor xdpat nak ambik gambarnye...
total semua sekali ada lima ekor kucing..satu bilik memang khas untuk diorang sahaja...
makanan pulak kami beli yang ini...9kg utk 5 ekor kucing...

Melihat gelagat mereka main membuatkan kite hilang stress..malah mereka nie sgt manja,,,
rezeki akan selalu ada untuk kite bile menjaga mereka...jadi jangan lah risau...



Saturday, 22 March 2014

Mazda Apperenticeship Program

Mazda membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM ataupun yang berumur 20tahun ke bawah untuk menyertai program nie.Pelajar akan di ajar selok belok tentang teknologi baru dalam automotif.
Malahan perempuan juga digalakkan menyertai kemahiran ini.Saya perempuan pertama yang menyertai program ini dan ia amat menarik.Kami sudah batch yang ketiga.

ini lah saya hehehe

seronok kn die(my best friend)
itu cikgu kami,die yg terbaik!!!
seronok bile praktikal macam nie...
Menarikkan???Apa lgi jomlh apply..borang ada dalam 
surat khabar metro.Intake tahun nie bulan lima kemasuknnye..
Kami yg dipilih adalh antra yg terbaik dalam ramai2 hanya 25 org yg terpilih..
tersesat saya sorg je prpuan..alhamdulilah intake thun lpas ad gak sorg prmpuan.
bulan sembilan nie kmi habis belajar...hehehehe...
kami intake tahun 2012