Ini throwbacks balik , qiela pergi melaka masa cuti thaipusam baru2 nie .
2D1N
Dah ada anak mesti pergi ke zoo kan , sampai2 kat melaka terus pergi ke zoo melaka .
Dewasa : RM 17.80 seorang
Kanak2 atas 4-12tahun : RM 7.10
Sebelum masuk dalam zoo , make sure beli parking kupon siap2 kat pintu masuk parking zoo , sehari RM 5 . Dah beli untuk sehari jadi tak payah risau pasal saman dah .hehee
Kami masuk awal pagi , pukul 12 tengah hari kami bertolak ke bandar melaka untuk check in hotel , hotel paling menarik pernah qiela masuk . Fantacy hotel , dapat pulak tema hello kitty sapa yang tak suka .Lagi2 lily, masuk je bilik dia dah sebut wow ...
Sampai ke toilet pun dihias dengan hello kitty , en suami pening kepala . Dia kata kenapa tak pilih super hero .๐Qiela booking bilik nie kat booking.com .Semalam RM 88 harga termasuk GST RM 95 . Tapi kalau hari weekend mahal sikit harga bilik nya ๐
. Memang berbaloi , parking depan hotel , dan mereka akan letakkan kupon parking .Disebabkan qiela dah beli kupon untuk sehari tu , pihak hotel akan letak kupon parking pagi keesokkan nya . Hotel nie betul2 bersebelahan dengan rumah terbalik .
Petang tu kami jalan2 ke mamee di jonker walk
Belilah set dapat beg RM 13
Malam pulak kami naik melaka river cruise
Harga tiket Dewasa RM 13
Untuk kanak2 atas 2tahun RM 6.50
Harga dah turun berbanding tahun sebelum nie , disebabkan dulu bagi free gift sekarang dah tak ada .
Turun dari sini terus hujan , kesian kat lily . Kami pun tahan beca , untuk hantar ke hotel .Kena cas RM 15 tapi ok lah kesian orang tu kayuh utk bawa kami .
Dapat tema doreamon , tapi qiela mintak pasang lagu baby shark , suka lah lily dengar lagu yg dia minat .
Untuk bajet tol pulak qiela dari shah alam dalam RM 39
Minyak dalam RM 100 kereta viva ๐.
Ok tamat dah ...
No comments:
Post a Comment