Namaku Melur,cerita hidupku seakan-akan cerita dongeng cinderella.Tak semuanya sama.Yang membezakannya,cinderella ada dua orang kakak tiri yang jahat.Aku pula ada sorang adik kandung yang teramat iri hati ke atas aku.Cinderella ada pari-pari yang akan sentiasa membantunya,aku pula ada Tuhan yang selalu melindungi aku.
Hidupku susah dari kecil lagi.Tiada sorang pun ingin berkawan dengan aku.Mereka kata aku hodoh,selekeh,dan tidak pandai menjaga penampilan diri.Itu tak betul sama sekali.Bukan aku tidak mahu semua itu.Adik aku,semua barang-barang aku dijadikan harta bendanya.Mahu bergaduh dengannya.Confirm aku kalah,badan aku kecil aje,jadi sesuailah di panggil Cinderella Cute.
Aku masih ingat waktu di sekolah rendah,ada seorang rakan sekelas aku.Sentiasa akan menghina dan mencaci diri aku,Semua yang aku buat ada aje yang tidak kena.Kadang-kadang aku yang dihukum dengan cikgu.Sedangkan aku tidak ada apa-apa kaitan pun.
Sample aje penampilan aku bila di luar sekolah.Ada juga baju dengan seluar yang terkoyak aku masih setia memakainya.Apa susah koyah,aku jahit ajelah.Aku tak akan jadi cantik.Sebab semua orang kata aku hodoh.Aku lihat wajahku di cermin.Aku bertanya pada diri aku sendiri.Betul ke aku tak akan jadi macam mereka?yang cantik?.Air mata aku mengalir.Umur 10 tahun,aku sudah ditugaskan memasak,membasuh,uruskan segala hal ehwal rumah,
Jika aku silap melakukan pekerjaan,pasti akan melekat bekas-bekas rotan dibadan aku.Sakit sangat.Terlintas di fikiran aku,di manakah putera yang akan menyelamatkan aku?atau itu hanya kisah dogeng?,Aku sendiri tidak pasti.
BERSAMBUNG...-ORIGINAL PENULIS ALEEYA MAISARAH-
No comments:
Post a Comment