Sahabat

welcome to my blog



Friday, 27 July 2012

Cinta Ramadhan 2

  Aluan lembut suara Shuhadah membaca Al-Quran.Mak Niah yang terdengar anaknya mengaji tersenyum.Dia bersyukur,Shuhadah semakin pulih.Setiap malam selepas balik daripada solat tarawih.Itulah sahabat Shuhadah Al-Quran,yang dihadiahkan kepadanya dari ayahnya ketika dia berumur sembilan tahun.

  Bagi Shuhadah,Al-Quran satu-satunya sahabat yang tidak pernah menyakitkan hatinya.Sebaliknya memberikan dia ketanangan yang sukar diperolehi.Selesai bacaan dia menutup kitabnya.Dicium dan akhirnya dia memeluk.Air matanya mengalir laju tanpa dipinta.

  'Ayah,Sue berjanji tidak akan mengecewakan ayah dan mak,"dia nekad untuk terus berjuang dalam medan belajar.Tomahan dan cacian yang dilemparkan kepadanya akan menjadi semangat buatnya untuk mencapai kejayaan.


 "Sue,ni ibu Fiq masak kuih seri muka.Dia buat lebih untuk bagi kat Sue dan Mak Niah,"Sue hanya menjeling memandang bungkusan yang dipegang Syafiq.Dia membuat isyarat agar Syafiq letakkan di atas tangga rumahnya.Langsung tidak mengendahkan sahabatnya itu.Malu yang peristiwa lepas belum habis lagi.

 "Janganlah marah pada Fiq.Sue tak nak kawan dengan Fiq lagi ke?.Sapa nak marah Fiq lepas nie?sapa yang nak rotan Fiq dengan buku setebal kamus dewan?,"muka Syafiq yang di buat-buat merayu nampak kelakar.Shuhadah gelak dalam hatinya.
Perlahan-lahan dia menuju ke arah Syafiq ditangannya ada penyapu.Niatnya satu ingin memukul Syafiq dengan penyapu!

 Melihat Shuhadah memegang penyapu,Syafiq terus menghidupkan motornya.Alamatnya masuk hospital selalu dihentam dengan Shuhadah,walaupun gadis itu bertubuh kecil setiap pukulannya akan meninggalkan bekas dan sakit berminggu-minggu!.

  "Sue yang kau usik Fiq tu kenapa?,"Mak Niah muncul dari muka pintu.Dia menahan gelak melihat Syafiq meninggalkan rumahnya terburu-buru sehingga selipar kirinya tercicir tidak menyempat patah balik.

  "Alah...Sue bukannya nak pukul kuat sangat pun mak.Dia tu yang gatal sangat tegur Sue sapa suruh,"

 "Mak kahwinkan kau dengan dia lepas SPM baru tahu langit tu tinggi ke rendah,"ha!nie tiba-tiba mak sebut pasal kahwin dah parah.

 "Sue tak nak kahwin dengan dialah mak.Sue nak kahwin dengan Prince Persia,"

 "Prince Persia?,apa pelik namanya Sue,"Mak Niah menggarukan kepalanya yang tidak gatal.Tidak pernah pula dengar nama tu kat kampung ni.Manalah si budak Sue ni jumpa dengan lelaki itu.

 "Sue gurau ajelah mak.Mak,..Sue nak buat Dadih ribena bolehkan?,semalam Mak Munah ada bagi air ribena,"bab memasak Shuhadah nombor satu ada aje juadah berbuka yang pelik-pelik dimasaknya.


No comments:

Post a Comment