Sahabat

welcome to my blog



Monday, 18 March 2013

Berpoligami?.Mampu ke Adam?.Terima ke Hawa?

Assalammualaikum....

Poligami?,Kenapa saya memilih tajuk ini?.Sebab saya sendiri dilamar untuk menjadi isteri nombor dua.

Mereka kata itu jodoh ditentukan untuk kita.Maaf bagi saya untuk berkongsi kasih bukan perkara yang mudah.Pasti akan ada yang terluka walaupun ada yang menyatakan itu adalah madu.Islam sememangnya beri lelaki berkahwin lebih satu dan tidak melebihi empat orang.Tetapi jangan mengambil kesempatan untuk tujuan kepentingan diri sendiri.

Kenapa saya menolak?,



kamu pasti sudah tahu jawapannya.Saya tidak mahu menyakitkan hati isterinya,sedangkan saya sendiri seorang perempuan.Saya faham perasaan dia walaupun tidak pernah berjumpa dengan dia.Apa yang saya buat?,saya cakap dengan dia baik-baik.Seterusnya putuskan perhubungan dengan dia,kerana dibimbangi akan timbul perasaan yang sukar dikawal.

Wahai Adam,hargailah isterimu.Setialah padanya,bimbinglah dia.Mungkin ada perkara yang membuatkan kamu membenci dirinya,percayalah ada sesuatu yang akan membuatkan kamu mendapatkan kebahagiaan daripadanya.Kecuali kamu menikahi seorang janda yang memerlukan perlindungan daripada fitnah orang serta mendapat kebenaran daripada isterimu.

Saya ingin memohon kemaafan post saya kali ini amat sensitif.Ini hanya pendapat daripada saya,dan setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza.

No comments:

Post a Comment