'Benci,benci,benciiii.....!.'selepas peristiwa itu.Di bibir Hanis hanya mengeluarkan perkataan benci.Hidayah hendak menegur pun tidak berani.Jauh di sudut hati,Dayah merasakan Hanis dan Muiz menyukai satu sama lain.Hanya ego mereka yang menafikan semua itu.
Kebiasaan apabila Hanis geram ataupun marah dia akan mengambil semua baju di dalam almari,sabun dan pewangi.Hanis akan membasuh semua pakaian itu walaupun tengah malam.Ada juga kakak-kakak yang menegur perbuatan Hanis yang agak pelik itu.Bimbang di gangu dengan benda yang tidak sepatutnya,tetapi Hanis tidak mengendahkannya.Semua warga asrama pernah mendapat 'ganguan' apabila tengah malam menjelma.Aneh Hanis tidak pernah merungut pasal itu.Selalu Hanis akan mandi tepat pukul empat pagi,katanaya tidak mahu berebut bilik air.Tiada teman dia akan ke bilik air itu sendirian lepas siap dia akan tidur semula dan akan bangun apabila azan subuh berkumandang.
Apabila ditanya pernah digangu ke tidak?,dia kata tidak pernah.Tetapi disebabkan tidur berhampiran dengan tingkap,pehanya selalu membengkak.Namun tiada reaksi yang mengatakan dia digangu.Hanis Ayuni hanya akan tersenyum,sebenarnya dia menyimpan seribu rahsia daripada semua yang ada di situ.
"Assalammualaikum...abah sihat?,"Hanis lega akhirnya dapat menghubungi ayahnya setelah beratur panjang.
"Waalaikummusalam..sihat.Along belajar baik-baik jangan ingat lagi apa-apa yang sudah lepas,"luluh hati Hanis mendengar pesanan daripada ayahnya.Tanpa dia sedari air matanya jatuh.
'Dia menangis?.Perempuan degil itu menangis?,kenapa dia menangis?.Aku tak nak tengok dia menangis sebab hati ni pun ingin turut menangis.Aduh....perasaan apa pula yang datang ni,'Muiz yang memandang Hanis dari jauh hanya mampu ucap kata-kata itu di dalam hatinya.Hendak diluahkan takut bocor rahsia yang dia amat menyayangi gadis itu.
'Ya Allah lindungilah dia,hamba-Mu ini tidak mampu untuk memujuk dirinya,'ditangannya erat memegang gelang Hanis yang terjatuh ketika mereka bergaduh.Gelang berbentuk rama-rama amat unik rekaannya,mesti gelang itu amat bermakna bagi Hanis.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment