Assalammualaikum...Fatin.
Kehidupan aku di sini agak luar biasa Atin.Mereka seolah-olah tidak pernah melihat perempuan daripada negeri luar.Ada yang mengacau aku,jujur aku rimas dengan semua itu..Paling aku benci mamat sombong GK tu.Ada sahaja benda yang dia buat untuk membangkitkan kemarahan aku.Entah mengapa dalam benci aku terasa perasaan yang aneh.Ataupun terima sahaja lamaran daripada Helmi?,dia pun baik.
Hanis Ayuni,melipatkan surat yang ditulis dan memasukan ke dalam sampul surat.Tidak dilupakan meletakkan bedak agar sentiasa wangi.'Arghhh..dah macam girlfriend bagi surat pada boyfriend',dia tersenyum sendiri.
"Oit..senyum sorang-sorang teringat dekat Mizi lah tu,"sindir Suhaila.
"Simpang Malaikat empat puluh empat,"balas Hanis.Dayah yang mendengar terasa panas timbul perasaan cemburu di dalam hatinya.
"Hanis,awak terima tak untuk jadi girlfriend saya?,"Helmi
tidak mahu melepaskan peluang ini.Hanis Ayuni mesti jadi miliknya
walaupun sekejap,supaya segala yang sudah dirancang berjalan dengan
lancar.
"Ermm..,"Hanis serba salah untuk menolak jadi dia hanya senyum.
"Terima sayang,"geli-geleman Hanis mendengarnya.Seolah-olah itu semua hanya hiporkit semata.
Khatijah
yang melihat tingkah laku Helmi terasa mahu mengetuk kepala Helmi
dengan tukul besi.Berani dia mempermainkan perasaan perempuan.Leesa pun
pandai memilih tidak mahu lelaki jenis macam itu.Kalau handsome boleh terimalah jugak.
"Oit...Anis!.Mu
kasi nombor telefon tu wat gapo?,banyok lagi jate bakpo mu pilih
dionyo?,"terkejut dengan sergahan Tijah,dompet yang dipegangnya
terjatuh.
No comments:
Post a Comment