Bahagia tak lepas nikah?...
*alhamdulilah bahagia..kenapa?..semua pahala.hehehehe...
itulah nikmatnye berkahwin...
Dulu sebelum kahwin macam2 dalam fikiran nie.Takut suami berubah perangailah.Takut baru nampak perangai dia yang sebenarnye..Maksudnya yang jahat2..Serius itu semua hanya mainan emosi je.Tak ada pun!
Tersentuh bile jatuh sakit sampai makan pun xboleh nak telan.Minum air kosong pun boleh muntah balik.Suami saya macam2 dia belikan.Sampai saya mintak belikan nangka,sanggup dia pergi cari.Tapi saya tetap muntah balik.
Kami tak ada kereta.Yang ada cume dua motor.Motor encik suami scrambler.Saya pulak MR1.hehehe
...Isnin tu dia bawak saya pergi HKL.Itu pn saya yang mintak sekali nak check mata dia masuk serpihan besi masa buat kerja.Benda tu jadi sebelum kami nikah.Bayangkan berapa lame dia sanggup bertahan semata2 nak dahulukan pernikahan kami.
Ok...masa kat traficc light boleh termuntah.sampai kat HKL kami terpisah die pergi check mata,saya jumpe doktor sendiri.Pergi HKL naik motor saya little cute modenaslah apa lgi.Alhamdulilah,serpihan besi tu dapat jugak dikeluarkan pada hari tu jugak.Saya pula keadaan masih sama,rase pening.Nak balik pun sempat lagi muntah.Doktor kate tak ada ape2.

Besok pagi keadaan masih sama,saya kuatkn semangat untuk ke kelas.Entah macam mane,ulang alik g toilet.Badan dahlah kurus kering,bertambah keringlah nanti.Col suami,die kelam kabut ambil saya dari tempat belajar bawak pergi hospital.Tak sangka pula dia tengah basuh baju waktu tu.
Pergi Hospital Sungai Buloh kena tahan wad pemerhatian.Doktor panik tekanan darah saya terlalu rendah.Habis tangan ni di cucuk sebab tak jumpa urat.Sakit!.Tahan jelah,nak marah tak ada guna.Disebabkan terkena jangkitan virus encik suami boleh masuk time nak bagi barang dgn suapkan makan je.Kesian pulak die tunggu kt luar,bukan kejap dekat satu hari.Alhamdulilah,pagi tu dah boleh kuar wad.
Encik suami boleh pulak bawak motor scrambler,dua2 tangan dah bengkak kena jarum.Nak panjat motor tu terkial-kial.Masa tu pulak hujan,nak menangis bila dia tanggalkan baju jaket die bagi saya pakai.Dan dia yang basah.Katenya tak nak isterinya demam.Lepas balik je rumah,tengok dia tidur lena.Mungkin terlalu penat,sebelum nie tidur2 ayam jer.Sebab saya mengadu sakit tiap satu jam.Dialh bangun,berjaga tengok saya tidur.Baru dia lelapkan mata.
Untuk suamiku,
Abang,
Terima kasih sanggup berkorban untuk isterimu ini,
Terima kasih tika sakit dirimu sentiasa disisi,
Terima kasih menyayangi diriku ini.
Abang,
Kehadiranmu membawa seribu erti buatku,
Kehadiranmu tika ku perlukan seseorang sahabat,
Kehadiranmu membuat diriku terukir senyuman indah,
Moga kebahagiaan ini sentiasa menjadi milik kita.
No comments:
Post a Comment