Assalammualaikum...
Setiap di antara kita mesti ada kisah silam yang tersediri dan mungkin juga itu sesuatu yang sukar untuk dilupakan.Kerana kisah silam itu juga ada mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan.
Tidak kiralah itu menyakitkan mahupun indah,ataupun melibatkan insan yang pernah kita sayang.
Sepatutnya kita seharusnya bersyukur,masih diberi peluang untuk berubah dan hadirnya insan-insan baharu yang sentiasa menemani kita tanpa kita sedar.Yang penting kita mesti menghargai apa yang kita ada sekarang.Jadi lupakanlah perkara yang lepas.Buat apa hendak dikenang jika itu menyakitkan hari sendiri.
Sentiasalah berfikiran positif dan yakin kepada takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.Insha Allah kehidupan kita akan menjadi lebih tenang tanpa kisah silam.Jangan menghukum diri sendiri,kerana setiap di antara kita berhak hidup bahagia.
Betul betul Kak Erin setuju ngan pendapat Qila.. :)
ReplyDelete