Assalammualaikum....
Jujur pada mulanya rasa jangkal apabila bangun tidur ada suami di sebelah.Maafkan sayang bila bangun terus tanya kenapa abang ada dekat sini?.Sampai abang terpaksa tenangkan sayang dan dengan lembut abang bagitahu yang kita sudah menjadi suami isteri yang sah.
Kita berkenalan hanya selama sebulan,terus diijab kabulkan.Hasrat sayang termakbul,untuk bercinta selepas nikah.Sayang terima abang selepas melihat kesungguhan abang dan keikhlasan abang untuk menikahi sayang.Susah hendak jumpa seorang lelaki yang terus ajak berkahwin.Kebanyakan ingin bercinta bertahun-tahun dahulu baharu kahwin.Dengan alasan tidak mampu.
Disebabkan itu juga,sayang bincang dengan abah.Alhamdulilah,abah setuju dengan cadangan sayang buat yang wajib je.Tak ada merisik,tak ada tunang,terus akad nikah.Mas kahwin ikut negeri Selangor,sebab kita nikah kat sana.Hantaran Kahwin rm3K.Kos abah datang dari Johor.Biarlah sedara mara cakap kat sayang murahnya hantaran.Asalkan tidak membebankan abang.
Selepas itu sayang memang ingat kita tak akan buat apa-apa majlis.Abang dengan mak abang tunaikan impian sayang untuk ada juga majlis dekat kampung abang.Sayang rasa bahagia sangat abang.
Pengorbanan abang,abang sanggup tunggu sayang habis belajar baru plan ada anak.Jaga sayang waktu sakit.
*Kepada perempuan di luar sana,janganlah minta hantaran terlalu tinggi.Suatu hari nanti apa-apa yang jadi sedialah untuk mendengar ungkitan mereka.Harta kat dunia ni sementara je.Kecuali boleh dibawa masuk dalam kubur..tak tahulahkn...
Terima Kasih abang.
Susah nak cakap bab hantaran.. kalau kita perempuan memang nak letak murah saja.. Tetapi selagi kita jadi anak kepada mak ayah.. kena ikut cakap depa.. Depa yang letak hantaran dan mas kawin.. Kak Erin tak da hak nak buat keputusan.. Kalau jodoh lambat pun lambat lah.. sebab segalanya parent yang tentukan..minta berbelas ribu ringgit.. :(
ReplyDeletesusah2...
ReplyDelete