Sahabat

welcome to my blog



Saturday, 16 February 2013

I Hate Him!!! Bab 1

    Hari pertama di sekolah ini membuatkan aku rimas.Salah aku juga lari dari rumah,menyebabkan ayah aku menghantar aku ke sekolah kampung.Lagi aku menyampah terpaksa tinggal di asrama.Fuh!!!...
Negeri Kelantan,keterpaksaan juga memakai tudung.Topi yang selalu aku pakai tidak dibenarkan.Motor kesayangan aku yang selalu aku bawa berlumba juga ayah aku pegang.
Paling rimas kena selalu memakai baju kurung.Arghhhh....bukan selalu tapi setiap masa!.

 "Assalamualaikum....cikgu..!"ku lihat ketua kelas memberi salam pelajar lain mengikut.

 'Ahh???perempuan yang jadi ketua kelas?.Apa ke pelik dengan sekolah nie?,'biasanya lelaki yang menjadi ketua tidak kiralah apa-apa pun jawatan tetapi ini dalam sejarah dalam hidup aku.

 "Cikgu nak perkenalkan kalian dengan pelajar baharu.Kamu boleh perkenalkan diri kamu,"aku mara selangkah ke hadapan.

 "Nama saya Hanis Ayuni,selamat berkenalan,"aku cube senyum ke arah mereka.

 "Ore luar nok kecek luar,dok qelate kenolah oyak qelate,"kedengaran lalat-lalat yang bising.Ada aku kisah,pedulilah aku nak cakap bahasa apa-apa pun.Ini negara bebas merdeka!.


 Aku duduk sebelah Khatijah,suka betul dia apabila aku duduk sebelah dia.Dia ini tidak macam perempuan yang memerli aku.Katanya jangan risau dia akan ajar aku cakap dialek Kelantan.Aduh!.Mak aku membebel dialek Kelantan pun aku tak faham.Siap boleh tekan remote STOP!.Time mak aku tengah membebel,tanya dia apa maksud ayat itu.

 Akhirnya bunyi juga loceng rehat,perut sudah bernyanyi lagu rock.Tijah tarik tangan aku,pergi ke kantin sekolah.Peliknya makanan dekat kantin ini.Boleh ke aku telan?.

  "Nis,makanlah.Sedap kuih topi tu.Make sekali nok sokmo,"Tijah nie sesuka dia je nak promote kuih.Ada cita-cita nak jadi penjual kuih agaknya.Banyak dia beli bagi untuk aku makan.Gemuklah aku macam ini,Tijah ni memang mudah mesra dengan orang.Tak sampai beberapa jam kenal dengan dia,macam-macam dia beli.Katanya lagi kalau hendak pandai cakap orang putih kena makan budu.
Tertelan air liur,biar betul minah ini.Bau budu pun aku dah tak sanggup.

  Baharu duduk dah ada yang menyapa.Bikin panas aje,pantang tengok orang luar masuk kelas menyibuk kerjanya.Mereka ini memang tak ada kerja agaknya.Lelaki pantang tengok perempuan yang baharu masuk sekolah.Ada sahaja cara nak pikat,nie mesti kes bertaruh dengan kawan-kawan siapa yang dapat aku dulu.

  Aku ingat lagi pesan sepupu aku,sebelum masuk sekolah ni.

"Akak tu comel,nanti ado jah nok ngejas,"walaupun tak berapa nak faham waktu sepupu aku cakap.Sekarang aku mulai faham.

 "Awok,kito nok kenal dengan awok,"aku pandang muka dia.Mata sepet tapi kenapa kulit dia hitam.Kacukan cina india ke?,.Aku lihat Tijah gelengkan kepala laju pula itu tak pening ke?.

 "Saya nak study,jangan kacau,"sikit pun aku tidak pedulikan dia.Dari jauh aku dapat lihat riak muka dia yang kecewa.Salam perkenalan yang dihulurkan aku biarkan sepi.Dia kelas sebelah,kelas pandai.
Aku pula sesat dapat kelas multimedia.Pada hal di sekolah lama aku masuk kelas akaun,ayah akulah sibuk hendak aku belajar kemahiran.Aku bermati-matian nak masuk sekolah teknik dia tak bagi.

 "Nis,dio tu kaki tino.Banyok doh keno dengan dio tu.Nis tok soh layan dio tu,"Hati aku sudah mengutuk dia,muka macam tu pun boleh jadi playboy ke?.Sekolah nie betul-betul pelik.

 Habis juga hari ni,balik ke droom asrama aspuri.Katil aku tingkat atas betul-betul tepi tingkap.Mengadap sawah padi,tenangnya rasa.Agaknya ini istimewa tinggal di kampung,nyaman rasanya.Aku mencapai tuala bersihkan diri,perut pun sudah minta untuk di isi.Mahu tidak mahu kena turun ke kantin asrama untuk makan tengah hari.

 Wah,,,banyaknya makanan dan semuanya masak guna santan.Mereka ni ada projek untuk membesarkan badan pelajar asrama ke?,siap ada ais krim.Sah,berat badan aku akan jadi gedempol nanti!,Sedap yang teramat makanan di asrama ini,mana boleh aku tolak.Memang aku akui makanan di Kelantan sedap sesangat!..

 "Sakitlah,"aku mengangkat kepalaku melihat siapa gerangan yang sesuka hati melanggar orang.Habis pinggang jatuh,nasib baik dah siap makan.

 "Mu yang langgar aku,"bengis gila muka dia nie.Benci betul dengan perangai mamat nie.Tak pasal-pasal aku cop mamat ini musuh ketat aku.Mana tidaknya dia langsung tidak mohon maaf kepada aku,sombongnye.Nanti kau siaplah,kau tak kenal lagi siapa Hania Ayuni.

 Aku ambil gelas di atas meja lalu mencurahkan ke atas kepala mamat sombong nie.Terkejut dengan tindakan aku,dia terdiam.Mungkin tidak sangka aku akan bertindak sedemikian rupa.Ramai yang tengok drama percuma itu hanya mampu jadi penonton,Baharu puas hati aku.

 'Berani minah ni curahkan air kat atas aku,ada ubi ada batas tunggulah besok,'ayat itu hanya terluah di dalam hati Muiz.Berang dengan tindakan pelajar luar itu.

BERSAMBUNG....


No comments:

Post a Comment