Sahabat

welcome to my blog



Sunday, 17 February 2013

I HATE HIM!!! BAB 2

  Berang dengan kejadian yang tidak disengajakan tengah hari tadi betul-betul membuatkan Muiz panas satu badan.Habis barang di katilnya di selerakkan.Melepaskan geram pada benda yang tidak bernyawa.Rakan-rakan yang tinggal sedoorm dengan Muiz membiarkan sahaja tingkah laku Muiz.Sememangnya dia jenis panas baran,pantang ditegur yang tidak bersalah turut jadi mangsa.

 'Tino tok sedar diri,ingat comei wat muko gitu,'didalam otaknya sudah merancang untuk mengenakan perempuan yang mencurahkan air sirap ke atas kepalanya.

 "Aku tengok budak baharu tu,comel sangat.Dia datang dari Johor kan?,patutlah dia tak reti cakap dialek kelantan.Aku nok ngejah diolah,"perbualan Hadi dengan Apis menarik minat Muiz untuk pasang telinga.Mana tahu dapat maklumat yang penting pasal perempuan bandar itu.

 "Wei,,aku cop dio dulu.Dia senyum kat aku siap bagi aku tisu,"Apis teringat semasa dia terjatuh.Habis tangannya luka.Kebetulan Hanis Ayuni lalu,kelam kabut Hanis tolong Apis.

 "Alo lah,tisu jah!.Tadi Hanis siap bagi aku buku kosong,baik betul dia,"Muiz tersenyum.

'Nama dia Hanis,tapi betul ke perempuan bandar tu baik.Dengan aku bukan main lagi kurang di ajar,'Kedengaran azan berkumandang,Muiz bergegas turun menuju ke surau asrama.Sebab dia akan jadi Imam pada seluruh warga asrama.


 "Hanis,cepatlah turun!,"jerit Hidayah.

 "Kejap,"Hanis beringgan jalan dengan Hidayah.Dia tidak sangka kuat juga agama disini hendak dibandingkan di bandar.Ini kali pertama dia solat beramai-ramai.Tinggal di rumah,ikut suka hati hendak solat ke tidak.Tetapi di asrama ini,waktu solat cukup dijaga.

 "Aduh!,"betul-betul terkena kat kepala.Hanis mengutip objek yang dibaling.Dia mengerutkan dahinya,tempat ambil wuduk pun ada orang nak main baling-baling.Tempat ini betul-betul pelik!.
Semalam ada kes budak-budak tingkatan satu berebut hendak jadikan dia kakak angkat.


"Muiz,hari ni biar aku yang jadi Imam,"ujar Dhani.Muiz mengambil tempat dibirai yang menghalang antara perempuan dengan lelaki.

 Ketika tahiyat akhir,Hanis rasa ada kaki yang mengepit kakinya.Mengangu khusyuk dia dalam menunaikan solat.Sesudah selesai dia cepat-cepat menarik kakinya.Alhamdulilah,berlapik.Kalau tidak sia-sia sahaja solat tadi.Muiz serba salah,entah kaki siapa yang jadi mangsa dia.Silap dia juga terlalu rapat dengan birai penghalang itu.

Keluar daripada surau dia tersenyum,rancangannya menjadi.Kulit tangkai jering yang dibaling kena sasaran.Kau curah air dekat atas kepala aku,aku balas dekat kepala kau juga.

BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment