Hanis Ayuni termenung,tingkap di tepi katilnya dibiarkan terbuka luas.Teringat peristiwa lalu,adalah perkara yang amat menyakitkan dirinya.Maruahnya seakan-akan menjadi mainan mereka.Dia lari dari rumah bukan ikut jantan seperti yang diceritakan orang alin.Sampai cerita itu membuatkan ibunya percaya,yang dia lari dari rumah sebab lelaki.atinTerluka sangat apabila ibunya sendiri tidak prcaya pada diri.Mungkin sebab abang angkat yang pergi ke rumah memberitahu dia ternampak Hanis lari dengan lelaki menaiki motorsikal.
Pada hal,waktu itu.Hanis sendirian,berbekalkan alamat rumah sahabatnya Fatin yang tinggal di Selangor.Sampai sahaj di Puduraya dia binggung hendak menuju ke arah mana.Tiada pilihan lain dia bertanya kepada orang yang lalu lalang di situ.Seperti yang dijangka tiada yang tahu tentang alamat itu.Seorang pak cik yang memandu teksi menghampiri dirinya.Baharu Hanis lega,pemandu teksi itu mahu menghantarnya ke sana,tetapi tambang sebanyak enam puluh ringgit.
"Adik hendak ke mana?baharu datang ke sini ke?.Umur berapa?,"bertalu-talu soalan yang dilemparkan.Membuatkan Hanis rimas hendak menjawab.
"Saya hendak ke rumah kawan,umur dua puluh satu tahun,"Hanis terpaksa menipu tentang umurnya.Nasib baik wajahnya nampak matang berbanding dengan usianya yang baharu enam belas tahun.
Hanis narik nafas lega apabila dia sudah berada di blok rumah Fatin.Sepantas kilat dia menghulurkan duit kepada pak cik pemandu teksi itu.Tidak tahan hendak menjawab setiap soalan yang dikeluarkan daripada mulut pak cik itu.Tidak pasal-pasal dapat dosa kering,asyik menipu sahaja.
Fatin yang terkejut dengan kehadiran Hanis,terus memeluknya.Tidak dia sangka,Hanis tekad untuk lari dari rumah.Semata-mata untuk elakkan dirinya menjadi mangsa lelaki dikawasan perumahannya.Termasuk abang angkatnya,yang selama ini dianggap seperti abang.Rupanya menyimpan perasaan lain terhadap Hanis.
"Atin,aku tak sanggup duduk kat situ.Syahril dengan Rizduan putus sahabat semata-mata untuk dapatkan aku.Tak sangka pula abang Syahril pun ada perasaan dekat aku,"teresak-esak Hanis menangis.Kemelut yang dialami Hanis dalam usia yang terlalu muda.Hanis mempunyai terlalu tinggi dan disebabkan wajahnya yang menarik dan sikapnya yang mudah untuk lelaki jatuh cinta pada dia.
"Tapi tindakan kau ni salah Nis,kau lari rumah.Mak dengan ayah kau mesti risau nanti.Aku dah pesan dekat mak aku,suruh dia telefon keluarga kau bagitahu yang kau selamat dekat sini,"bulat mata Hanis.Cepat sungguh tindakan yang diambil oleh sahabatnya ini.Dia tidak kisah,asalkan dia bahagia dapat berjumpa dengan Fatin.
"Fatin sini kejap,"kedengaran Mak cik Sal memanggil anak sulungnya itu.Fatin bergegas mendapatkan maknya.Dia membiarkan Hanis menangis,lagipun dia sudah sediakan tisu sekotak untuk Hanis.
"Mak dah telefon keluarga Hanis,ayahnya pesan jangan bagi Hanis keluar rumah.Bimbang dia akan lari lagi.Mak Hanis ada bagitahu ada orang nampak Hanis ikut lelaki.Kejap lagi pak cik dia akan datang jemput Hanis,"Fatin mengangguk tanda faham dengan arahan ibunya.
"Hanis,betul ke kau lari ikut jantan?,"
"Kalau aku lari ikut lelaki,tak adalah aku sampai ke sini.Aku datang sini naik bas lepas tu teksi,"
"Mak aku cakap pak cik kau akan sampai kejap lagi ambil kau.Hanis,kalau aku jadi lelaki pun aku pasti akan terpikat dengan kau...Kau lain,siapa pun pilihan kau nanti,aku harap kau bahagia,"
"Aku lain?,maksud kau?.Aku lumba motor dengan budak sekelas aku ataupun sebab perangai aku yang mudah rimas dengan lelaki?,"
"Wajah kau lembut walaupun kau cuba untuk berkasar,dan yang pasti kau seorang yang kuat semangat,"
"Aku pasti akan merindui kau,Fatin.Entah kita dapat jumpa lagi ke tidak,"
"Janganlah risau,kau bagi alamat rumah kau.Aku akan selalu suruh bangau hantar surat untuk kau.Tapi kau kena janji dengan aku yang kau tidak akan menghilangkan diri lagi,"
...........................................................................................................................................................
"Hanis Ayuni!,"tersedar daripada lamunan.Hidayah yang duduk dikatil bawah memanggilnya.Hanis menundukkan kepalanya ke bawah.
"Ada apa Dayah?,"
"Kau kenal tak Muiz?,"Hanis mengelengkan kepalanya.
"Dialah yang kau curahkan air,ingat lagi tak?.Kau pun ada tanya,kenapa ada nama dia dekat almari baju kau tu?.Sebab dia terkenal dekat sini,semua pelajar perempuan minat kat dia.Lebih-lebih lagi pelajar bawah kita.Dia juga Biro Surau asrama,kadang-kadang dia ada juga melaungkan azan,"panjang betul info pasal mamat sombong ni. 'Agaknya Dayah ni pun ada hati,sebab tu pasal Muiz dia hafal,'.
"Aku nak tidurlah Dayah,mata dah berat ni,"Hanis berpura-pura menguap,ditarik selimutnya dan terus pejam mata.Dia terlalu penat untuk melayan cerita kaum Adam yang tidak akan pernah habis.
................................................................................................................................................................
Di dalam kelas Hanis sibuk menelaah pelajaran,dia mesti berjaya.Itu tekadnya,baharu dia hendak mencatat nota.Budak yang kacau dia datang balik,Hanis mengeluh di dalam hatinya.'Kalau handsome tak pe jugak'.Hanis,jangan kutuk orang nanti kau kena kahwin dengan dia baharu kau tahu langit itu rendah ke tinggi.Hanis mengingatkan dirinya,senyum jangan tak senyum.Ingat lagi Syahril pernah menyalahkan dia yang senyuman dia menyebabkan sahabatnya dan juga abangnya jatuh hati.Arghhhh...mengarut!.
"Awok,kito nok kenal dengan awok.Saya Helmi,awok Hanis kan,"manisnya senyuman mamat ni,walaupun wajahnya biasa-biasa sahaja.Dalam diam dia membandingkan wajah Helmi dengan Muiz,dan dia akui Muiz lebih handsome.Ha??kenapa tiba-tiba aku cakap mamat sombong itu handsome.Aku demam agaknya,tanpa menyedari tingkah lakunya jadi perhatian Helmi,Dia meletakkan tangannya ke atas dahi.Tak panas pun.
"Awok demam ke?,"Helmi terus meninggalkan Hanis.Dia kembali membawa plastik,habis segala ubat yang dia keluarkan.Dia ni jual ubat ke?.Kenapalah orang Kelantan nie pelik-pelik?,Mereka memang baik ke?.Satu-satu tanda soal muncul di atas kepala Hanis.
"Ini ada ubat demam,panadol,selsema dengan batuk,"aku menolak dengan baik.Buat apa hendak makan segala ubat itu,Aku bukannya demam pun.Hanis berbicara di dalam hatinya.
"Perhatian kepada semua pelajar kepada sesiapa yang berminat hendak menyertai persembahan sajak.Sila hadir ke bilik bahasa untuk pemilihan,"Hanis yang mendengar pengumuman tersebut berasa gembira.Dia mesti sertai pemilihan itu.
Semasa Hanis ke kantin dia ternampak Muiz,dan apabila dia ke perpustakaan dia juga nampak Muiz.Macam mana satu orang boleh ada pada dua tempat yang berbeza pada masa yang sama?.Dia ni hantu ke?.Ya Allah lindungilah hamba-Mu ini.Hanis berdoa dalam hatinya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment