Tepat pukul sebelas pagi,Hanis yang sedang leka menyalin nota di papan hitam terkejut mendengar sorakan daripada kelas dia.Bukan hanya dalam kelasnya sahaja yang bersorak malah kelas bersebelahan juga berbuat demikian.
"Woi...!Ada free show,"semua memandang ke luar tingkap yang mengadap pagar sekolah.
"Jangan lari,masuk balik ke kawasan sekolah!,"cikgu disiplin mengejar sekumpulan pelajar lelaki yang memonteng kelas dengan memanjat pagar sekolah.Cikgu Rahim mengenggam erat rotan ditangannya.Puas dia memanggil,semua pelajar nakal itu tetap nekad panjat pagar tersebut tanpa menghiraukan keselamatan diri masing-masing.
"Nis,jangan buat muka terkejut macam tu.Memang selalu macam ini,tengok cikgu Rahim kasihan dia tiap-tiap hari main kejar-mengejar dengan budak nakal tu,"Hanis hanya mampu menggeleng kepalanya.
'Sekolah kampung patutlah,mereka bukan peduli pun mak dengan ayah mereka yang membanting tulang di sawah'.Hanis teringat kawannya yang datang daripada kampung ke sekolahnya,dia sopan santun.Adat timuran sentiasa ada pada kawannya itu,tetapi di sekolah ni membuatkan dia betul-betul pening.Mereka pakai tudung tapi singkat nampak rambut yang terkeluar daripada belakang badan.Kain sekolah disingkatkan,mengalahkan orang bandar.
"Ala,siap boleh termenung.Nis,kau tengok Helmi pun ada panjat pagar tu,"Terbeliak mata Hanis,ternampak babak yang agak memalukan.Seluar Helmi tersangkut dekat pagar dan yang bertambah geli hati seluar dia terkoyak.Helmi yang perasan seluarnya terkoyak cepat-cepat turun daripada pagar.
"Aku tak nak tengok lagilah,Tijah kau ada baju kebaya tak?.Sebab aku kena pakai untuk persembahan deklamasikan sajak,"
"Wow..!.Kau terpilih dalam pemilihan semalam.Baharu sekarang nak bagitahu kat aku.Ada besok aku bagi pinjam dekat kau.Mesti cantik kau pakai kebaya tu,"Khatijah sudah terbayang Hanis memakai baju kebaya merah kesayangannya.
"Tapi jangan warna merah,Aku fobia dengan warna merah,"
"Aik..macam mana kau tahu yang aku nak bagi tu warna merah?,"bertuah betul si Tijah ni.
"Aku boleh pening tengok warna merah.Kau tak ada warna lain,"laju Tijah menggelengkan kepalanya.
..............................................................................................................................................................
Bersambung........
rajinnya awak menulis cerita.. nnt mesti bleh jadi novalis ni... :-)
ReplyDeleteinsyaALLAH..doa tu
ReplyDelete