Selesai mendeklamikan sajak,Hanis cepat-cepat turun daripada pentas.Difikirannya hanya mahu menanggalka baju kebaya merah ini.Semua cikgu yang melihat tingkah laku Hanis hanya tersenyum.Siapa sangka pelajar baharu yang pendiam ini mempunyai bakat dalam bidang puitis walaupun bidang yang diambil adalah multimedia bukannya sastera.Tidak sampai sebulan Hanis Ayuni menjadi pelajar kesayangan guru-guru di sekolah menengah Sawah.Hanis Ayuni turut menjadi kontenjin bagi persatuan Kadet Polis dan juga naib pengerusi Muzik.
'Tijah sengaja nak buat aku pengsan agaknya,sekali dengan selendang merah dia bagi pada aku,'dia menyimpan baju yang dipinjam ke dalam plastik.Baharu hendak keluar daripada tandas dia terpandang tulisan yang ada nama Muiz.'Aku cinta Muiz'.Hanis terasa tekaknya loya,mamat sengal itu pun ada peminat.
Demam agaknya perempuan ini,dahlah sombong.Terbayang Helmi,'Ahhh........lagi seorang mamat ni,perasaan handsome.Apa kena dengan mereka nie?,Ya Allah aku mohon jauhkan mereka daripada hidup aku.Air matanya jatuh tanpa dipinta teringat peristiwa lama.
"Nis...!,"cepat-cepat Hanis mengesat air matanya dan tersenyum pada Tijah.Hanis menghulurkan beg plastik yang ada baju yang membuatkan dia pening selama seminggu.
"Tadi saya tengok mulut Helmi ternganga tengok awak.Serius awak nampak cantik,warna merah itu menonjolkan lagi kulit awak yang putih tu,"
"Rupa tidak menjaminkan apa-apa Tijah,yang penting dia ikhlas dengan kita.Saya tak nak ambil tahu pasal dia,sebab yang saya dengar dia tergila-gilakan rakan sekelasnya,"
"Tak mungkin perempuan tu terima dia,awak tengok Helmi sendiri pun was-was inikan pula rakan sekelas dia tu,"baharu dia khusyuk mendengar gosip daripada Tijah.Dia terpandang Muiz,terus mencuit pinggang Tijah,
"Awak kenal dia tak?,"Hanis menjuihkan bibirnya ke seorang pelajar mirip Muiz.
"Itu Mizi,kenapa?,"pelik dengan pertanyaan Hanis.
"Dia,mamat yang sombong hari tu,"
"Awak silap orang ni,Mizi ada adik kembar,Muiz.Mizi jenis pendiam tapi peramah orangnya.Kalau awak cakap Muiz yang sombong saya percaya.Orang dekat sini gelar dia GK,"
"GK tu ape?,"
"Gila Kuasa,"
'Alhamdulilah...rupanya aku tak gila lagi,masih siuman,'.Patutlah aku nampak dua orang pada tempat yang berbeza dalam waktu yang sama.
...............................................................................................................................................................
'Aku tetap nak dapatkan Hanis Ayuni,cantiknya dia tadi.Sebelum orang lain dapat dia,baik aku sambar dulu.Aku nak tunjukkan pada Leesa yang aku boleh dapat perempuan lagi hebat daripada dia.Nanti mesti dia nak dekat aku,'Helmi sudah memasang rancangannya,
"Oit...!,yang mu senyum sore-sore nie bakponyo?,"
"Dok teringat Hanis,"Faiz terkejut mendengar nama Hanis yang disebut temannya.
"Mu jangan nok buat bendo yang tok elok,dia nampak manis tapi tetap ada racunnya,"
"Tok soh nok ngajar aku,"ditinggalkan Faiz yang terpinga-pinga dengan sikap Helmi.
'Ya Allah lindungilah Hanis daripada pandangan mereka yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi,'Faiz mendapat maklumat peribadi dari bilik kaunseling yang kebetulan tengah mengemas dokumen pelajar yang bermasalah.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment