Sahabat

welcome to my blog



Monday, 4 March 2013

I HATE HIM!!! BAB 5

 Faiz termenung dari balik sekolah lagi.Teringat kata-kata daripada Helmi.Dia pejam mata satu keluhan yang dikeluarkan.Laporan kaunseling yang dijumpai tidak sengaja dalam bilik kaunseling menambahkan lagi kekusutan dikepalanya.Hanis Ayuni,pernah terlibat dalam perlumbaan haram.Dalam rekod juga,ada menyatakan yang dia pernah bertumbuk dengan pelajar lelaki,gara-gara tidak menghormatinya sebagai seorang perempuan.'Ganas juga Hanis ini,patutlah dia menang dalam acara merentas desa.Walaupun terpaksa lalu kawasan sawah padi,dan nampak kurang mesra dengan lelaki,'.Kalau Helmi hancurkan perasaan Hanis pasti teruk si Helmi dikerjakan.Lagipun dia sendiri tidak berapa suka Helmi hendak mempermainkan perasaan perempuan,biarkan sahaja kali ini Hanis yang mengajar Helmi.

 ...................................................................................................................................................................

  "Awak hendak tidur ke Hanis?,"soal Dayah.

 "Ye,mengantuklah lepas makan tengah hari tadi.Mata pun dah berat sangat nie,"tanpa berlengah lagi Hanis terus tidur.

 "Hanis,lagi satu peraturan kat asrama.Tidak dibenarkan tidur waktu petang,"tiada balasan daripada Hanis,dia melihat katil atas Hanis.Tersenyum apabila melihat Hanis sudah tertidur dengan nyenyak.Sebelum cikgu asrama sampai dia mesti kejutkan Hanis.

 "Dayah,Nis dah tidur ke tu?,"Suhaila menegur Dayah yang tengah melipat baju.

 "Senang betul dia tidur,pejam mata terus pergi ke alam mimpi,"Dayah tersenyum.

 "Nanti sebelum cikgu Hasma datang awak kena kejutkan dia.Ooohhhh....lupa nak bagitahu,tadi saya perasan semasa Hanis berada dipentas Muiz tak berkelip mata dia.Nak terkeluar pun ada,saya rasa Muiz simpan perasaan dia dengan membuli Hanis,"Dayah tersentap mendengar kata-kata daripada mulut Suhaila.Riak mukanya mula berubah,kerana dia sudah lama menyimpan perasaan pada Muiz sejak tingkatan satu.

 "Betul ke?,"Suhaila menjongketkan kedua-dua bahunya.

 'Aku mesti tenang,Ya Allah berikanlah aku ketenangan jiwa.Berikan jua hamba-Mu ini kekuatan,'Dayah berdoa di dalam hatinya.Hatinya berdengup dengan laju.Seolah-olah perkara yang dia takutkan selama ini terjadi.

 "Dayah,kejutkan Hanis cepat!.Cikgu Hasma sudah sampai,"Dayah memanjat tangga katil untuk kejutkan Hanis.

 "Hanis bangun,"dengar sahaja namanya dipanggil Hanis terus membuka matanya.Dia melihat Dayah sudah duduk ditepi katilnya.

 "Ye..,"

 "Pergi mandi,lepas nie kita turun solat asar kat surau,"Dayah suka dengan sikap Hanis,senang untuk kejutkan dia bangun tidur.

................................................................................................................................................................

 "Oitt...apa nie?!,"bengang kali yang ke berapa dengan perlakuan mamat ni.

 "Kau yang jalan,tak tengok jalan.Ada hati hendak marah kat aku,"Muiz selamba menaikkan lagi kemarahan Hanis.Suka melihat wajah Hanis yang akan merah padam apabila menahan marah.

 "Habis kotor baju aku,I HATE YOU!!!,"Hanis terus berlari masuk dalam ke dalam dormnya.Takut lambat akan didenda dengan warden asrama.

 'I Love You,'ucapan itu hanya terucap di dalam hatinya.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment