"Biar betul nie Tijah?,baju kebaya merah nie aku kena pakai,"dibelek-belek baju kebaya nyonya kepunyaan Khatijah.Selepas itu dia mengayakan dihadapan cermin.Sekali tengok pun boleh pening.
"Hanis,kat sini jangan guna perkataan ganti diri 'aku'.Sebab bagi orang kat sini itu bahasa yang kasar,"
"Maafkan Hanis,Hanis belum biasa lagi suasana kat sini,"hendak buat macam mana lagi.Di johor itu perkara yang biasa.Rupanya banyak benda yang beza.Seluar sukan yang ada zip dibawah kaki juga dilarang pakai di sekolah sini,katanye seksi.
"Tijoh ajok saen mu make,"tanpa berlengah masa tangan Hanis ditarik.Bab makan semamangnya Tijah laju,lagipun masakan ibunya adalah paling sedap.Dengan ulam-ulaman cicah budu,sup belut amat menyelerakan.Hanis yang memandang hidangan dengan wajah yang pelik.
"Nie apa Tijah?,"soal Hanis sambil ditunjukkan mangkuk yang mempunyai kuah.
"Sup belut sawah,"
"Belut?,"Hanis terbayang ular yang panjang,dia menelan air liurnya.Selamat makan ke?,disebelah mangkuk dia melihat piring kecil.Itu pasti budu,rasa macam nak lari balik asrama.
"Jom makan,"Hanis bersila mengikut Tijah.
"Tijah,saya tak biasalah,"
"Bukan ke Hanis lahir dekat Tumpat.Orang Qelate jugok,mesti belajar make budu,"
"Saya lahir je kat sana.Tapi dibesarkan di Johor,"Tijah terus menyedok nasi ke pinggan Hanis tanpa menghiraukan muka protes yang ditunjukkan oleh Hanis.'Makan ajelah Hanis,belajar jangan tak belajar'.
Dia mengambil ulam lalu cicah budu,sekali masuk ke mulut terasa hendak lagi.Penangan budu,rupanya sedap!.Dia mencuba makan sup belut,senyum terukir dibibirnya.Sedapnya masakan kampung,dia mula pasang angan-angan hendak terus tinggal di kampung.Tidak dapat KFC pun tak apa..Hehehe...
.................................................................................................................................................................
Sekarang dimulai persembahan deklamasikan sajak,Dipersilakan Hanis Ayuni.....
Tepukkan gemuruh daripada pelajar yang lain.Terpegun melihat kecantikan gadis luar ini berbaju kebaya nyonya.Helmi dengan Muiz yang terkejut dengan kemunculan Hanis Ayuni di atas pentas,Mulut mereka berdua ternganga,suara yang lembut berbicara tetapi di atas pentas suaranya lantang sekali.
'Minah nie cantik jugak,'bisikan suara dihati Muiz.
'Dia cantik,aku tekad untuk memiliki dirinya,'hati Helmi mula berbicara.
Bersambung..........
Seronok2.. tiba-tiba sy pon rasa nak tulis novel. haha
ReplyDeletebleh je..;) trime ksih,,,
ReplyDelete