Bila kita bercerita soal kahwin,ini bukan perkara yang mudah.Tanggungjawab selepas kahwin agak berat untuk dipikul.Jike tidak bersedia untuk ke alam yang baharu ni,amatlah payah bagi seseorang itu.Tetapi kite kena ingat zaman sekarang terlalu mudah untuk mendapatkan sumber-sumber yang tidak bermoral.
Ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Hurairah yang menyebut bahawa Rasulullah bersabda:
"Setiap anak Adam ditulis baginya bahagian daripada zina.Dia pasti melakukannya tanpa menghindari;zina mata adalah memandang,zina lisan adalah berbicara,zina telinga adalah mendengar,zina tangan adalah menggunkannya,zina kaki adalah melangkah,jiwa berharap dan berhasrat,kemaluanlah yang membenar atau mendustakannya"-Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Kamu yakin yang kamu tidak akan memandang perempuan yang seksi?,dan kamu yakin mampu menahan nafsu kamu itu?-Adam
Kamu yakin tidak akan memandang indahnya rupa paras Adam?,kamu yakin dapat menidakkan perasaan kamu untuk mengatakan yang kamu tidak perlukan belaian daripada Adam?-Hawa
Jika di tanya setiap daripada kamu sudah ada pasangan(couple),hampir 80% akan kata ada.Termasuk jugalah dengan saya.Tetapi apabila ditanya soal kahwin,....Tengok gambar di bawah dan nilailah sendiri...
Pelikkan dunia sekarang?,apabila kita menyuarakan hasrat untuk berkahwin mereka akan cop kite 'GATAL'.Pernah dengar ayat ini?,saya sendiri selalu dengar.Apabila soal awek @ pakwe,tak ape?,Aduh....
Allah berfirman:
"Wahai orang yang beriman.Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas;sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas,"-Surah al-Maidah:87
Masih belajar,emm,,,,cube tengok gambar bawah nie..
Kenapa?,sebab mereka berusaha ke arah itu.Setiap apa-apa yang kita ingin miliki mesti berusaha!.
Ini tidak,bercinta yang dibanggakan.Cube tengok sendiri dunia luar sana berapa ramai yang gagal sebab bercinta sebelum kahwin?.Siap ada yang bunuh diri,yang pasal buang bayi luar nikah tak payah nak cakaplah.Seolah-olah itu perkara biasa.
Kenapa zaman dulu,gejala buang bayi tak ada?,sebab mereka dikahwinkan awal.Jangan pula kita mendoakan benda yang buruk-buruk pasal mereka yang kahwin awal.Sebab mereka berani dan sanggup berkorban untuk tidak terus berseronok.
Mungkin faktor kewangan yang selalu menjadi faktor utama yang penyebab kahwin awal diakhiri dengan penceraian.Kamu nak tahu something tak???,jike rajin berusaha mencari rezeki,insha Allah akan datang rezeki itu.Melainkan wujud sifat pemalas dan nak gaji besar tapi kerja ringan.Memang taklah!
Saya???,,insha Allah...pilihan saya untuk kahwin muda..
Modenas atau Yamaha?
Perodua atau Mazda?
Flat atau kondo?
Bagi saya cukup ada semua keperluan dan tidak perlukan kemewahan jika hutang keliling pinggang.
No comments:
Post a Comment