Sahabat

welcome to my blog



Thursday, 7 March 2013

Luahan dariku....

Assalammualaikum....


Aku ingat apabila aku memilih untuk mengikuti kelas automotif itu tidak menjadi masalah buat diri aku.Namun aku silap,perwatakan aku yang memang lemah lembut menyebabkan mereka berani melakukan sesuatu diluar jangkaan aku.Ia memang aku memilih bidang lelaki,tetapi itu tidak bermakna aku harus berubah mengikut perwatakan lelaki.Kamu ingin aku angkat bateri kereta,tayar dan pegang minyak Insha Allah akan aku lakukan.Itu pilihan aku,ingin menceburi sesuatu yang boleh menolong aku serta perempuan lain diluar sana.Mereka berkata tanpa sedar aku adalah perempuan,perkataan yang kurang enak didengar.Aku malu,sedangkan hanya aku seorang perempuan sahaja di dalam kelas itu.

Aku pekakkan telinga,aku butakan mata.Semata-mata untuk menjaga setiap yang aku dengar dan lihat agar perasaan dan emosi aku tidak tergangu.AKU ISLAM!!!.AKU BERTUDUNG,jangan sesekali menyuruh aku menanggalkannya.Aku menutup segala auratku,JANGAN BERANI UNTUK MEMBAYANGKAN SESUATU YANG AKAN MENJATUHKAN MARUAHKU!!!

Tidak salah perempuan menceburi bidang lelaki,jadi tolonglah faham.Aku hanya ingin belajar bukan untuk mencabar lelaki.Sedangkan ada lelaki yang menceburi bidang perempuan jadi chef dan jururawat.Hanya kerana aku seorang perempuan di dalam kelas itu,aku yang menjadi mangsa?.

Aku sayang mereka semua,jadi aku pura-pura senyum tak kala terdengar kata-kata yang menyakitkan hatiku.Ada lagi setahun setengah jadi aku harap mereka akan jadi matang dan faham yang aku ini perempuan.Walaupun abahku selalu ckap lelaki ini akan matang apabila umur mereka mencapai 30 tahun..Fuh.....

No comments:

Post a Comment