Sahabat

welcome to my blog



Wednesday, 6 March 2013

Bila mahu kahwin???

Assalammualaikum...

Tiap kali ada yang bertanya bile nak kahwin?ada pakwe ke tidak?.Aku akan mulai rimas,memang aku akui timbul rasa cemburu melihat sahabat-sahabatku yang lain sudah mempunyai pasangan mereka.Malah sudah ada yang berkahwin dan bertunang.Tetapi aku cube membuang rasa itu sejauh yang mungkin.Perempuan
kahwin lewat sahamnya akan jatuh,kata-kata daripada orang tua.

Siapa yang tidak risau???...
Sebenarnya aku masih trauma dengan insan yang bernama lelaki.Mungkin aku trlalu mengharap,akhirnya aku menjadi kecewa.Khabar mengejut petang tadi membuatkan hati aku hancur.Si dia akad nikah hari ini.Mengalir laju air mataku.Aku cube sedapkan hatiku mengatakan ini semua pasti ada hikmah disebaliknya.Dia menyuruh aku mencari lelaki yang lebih baik daripada dia...Aku redha...dan aku memerlukan masa untuk pulihkan semangatku balik.

Aku tahu bagi mereka yang tidak faham situasi akan terus menyalahkan aku.Pesan sahabatku,jodoh akan datang juga tapi mungkin belum masanya lagi.Semua ini akan membuatkan aku lebih faham erti kehidupan.
Namun bukan mudah bagi diriku untuk berpura-pura seperti tiada apa-apa yang terjadi.Jadi aku mengambil keputusan untuk menyibukkan diri dengan tugasan aku sebagai pelajar...

Iya,,,perkahwinan itu perlu..namun belum masanya lagi,cepat ataupun lambat pasti akan datang jua...

No comments:

Post a Comment