Sahabat

welcome to my blog



Friday, 12 July 2013

Cinta Ramadhan 3

 Kelihatan pelita buluh menyenerangi malam.Alhamdulilah,sudah masuk tujuh hari berpuasa.Shuhadah melajukan langkah kakinya.Dia sendirian pulang setelah selesai menunaikan solat tarawih.

'Ya Allah lindungilah hamba-Mu ini',Shuhadah sempat berdoa dalam hati.

"Prakk...!"kedengaran seperti orang terpijak ranting kayu.Muka Shuhadah sudah pucat lesi.

"Sapa tu?,"Shuhadah menoleh ke belakang,mana tahu ada mak cik yang seperti dia baharu balik daripada tarawih.Sangkaannya meleset tidak ada siapa pun di belakangnya.

Dia meneruskan perjalanannya,sampai di laluan semak samun,Shuhadah ditarik dari belakang.Mulutnya ditutup,telekung ditangannya terjatuh.Shuhadah meronta minta dilepaskan,tetapi orang itu tidak endahkan.

"Kau nak selamat,diam!!!,"sergah lelaki itu.Air mata Shuhadah mengalir ketakutan.

Shuhadah ditolak masuk kawasan semak samun,wajah lelaki itu tidak dapat Shuhadah lihat.Kawasan di situ gelap dan lelaki itu memakai topeng muka.Lelaki itu meletakan pisau dileher Shuhadah,supaya dia tidak melawan.

"Tolong aku merayu,jangan apa-apakan aku,"air mata Shuhadah mengalir dengan laju.



"Lepas ni kau akan jadi perempuan paling jijik,"

Selepas lelaki itu puas,ditinggalkan Shuhadah sendirian di dalam semak samun.Shuhadah menangis tanpa henti,maruah dia hilang tanpa kerelaan.Terasa pedih pada kemaluannya,dia gagahkan diri untuk bangun dan keluar daripada semak samun itu.

Sampai di rumah,mak Niah sudah pun dibuai mimpi.Shuhadah tidak mahu,maknya tahu keadaan dirinya.Biarlah dia melalui semua ini sendirian.Cukuplah dia melihat maknya menangis atas pemergiaan ayahnya.

Shuhadah terasa jijik dengan badannya sendiri,boleh ke air seluas lautan membersihkan dirinya daripada kekotoran ini.

"Ya Allah jika ini dugaan yang Engkau berikan pada hamba-Mu ini,aku terima dengan ikhlas.Bagilah aku kekuatan untuk teruskan perjalanan hidup ini,"

Bersambung...

No comments:

Post a Comment