Sahabat

welcome to my blog



Monday, 15 July 2013

Kisah Cinta Si Rider dan Si Modenas


  "Berapa kali mak nak bagitahu jangan balik Johor naik motor.Bahaya...kamu tu naik Modenas aje,"Erna mula terasa panas mendengar kata-kata maknya itu.Aish...mak ni Modenas tulah yang jadi peneman aku selama nie.Walaupun hanya MODENAS MR1!.Itu sahaja yang mampu aku beli.Bukannya saja-saja balik naik motor,tiket bas dah abis terpaksalah aku bawa juga motor kesayangan aku ni.

  "Mak,along kan mekanik.Ala...setakat bawak balik motor dari Selangor ke Johor apalah sangat,"Erna sengaja mengusik maknya.

  "Along tu perempuan,bukannya jantan.Jangan berani sangat,"kerisauan melanda di dalam hati Puan Azizah terhadap anak sulungnya itu.Mengalahkan lelaki lagaknya,siapalah yang berani kahwin dengan Erna.

  Ishhh...mak ni mesti fikir,sapalah yang nak dekat aku yang keras kepala ni.Kumbang dekat bengkel aku tu bukannya tak ada,ramai.Tapi perangai mereka yang belum matang lagi menyebabkan aku lebih rela berkawan aje.




Erwan memandang ke langit,tiada satu pun bintang yang ada pada malam ini.Dia mengeluh,sampai bila dia harus bertahan dengan perhubungan yang sememangnya tiada harapan untuk pulih.

  "Assalammualaikum,,bro,kau jiwang malam ni apa kes?,"terhenti lamuan Erwan apabila disergah dengan Sofi.

  "Waalaikummussalam..nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung,"Erwan mengurut dadanya.

 "Lupakan yang lama,apa kata kau cari je yang lain.Dekat Shah Alam nie ramai aweks,zaman dah maju bro...jom WeChat!,"baharu hendak mengajar Erwan menggunakan application tu,geng motor scrambler pun sampai.

 "Jom kita konvoi ke Kapar!,"

Bersambung...penulis hendak tidur dulu...

2 comments: