Sahabat

welcome to my blog



Thursday, 25 July 2013

Kîsah Cinta Si Rider dan Si Modenas 4

 Benci..benci...benci....tak boleh ke tolong aku angkat disc brake dengan steering rack nie.Berat tu aku nak mengangkat.Dasar lelaki tak boleh buat suami,tengok perempuan angkat barang berat buat tak tahu je.Termasuk kau,Fahmi.Geram pula aku,mentang-mentang aku dah terima cinta kau,dulu sebelum aku terima bukan main lagi nak tolong.Siap kau!.

 Selepas selesai Erna meletakkan barang kereta,dia mengeluarkan telefon pemberian Fahmi.Laju jari kecilnya menaip pesanan ringkas.

 Fahmi,Erna nak kita putus.Muktamad!

 Fuh...lega hati aku.Seolah-olah terlepas daripada batu yang menghempap dirinya.Erna kembali ke tempat Wak Hafi untuk menyiapkan dokumen warranty.

 "Erna,after Wak Hafi come back from umrah.I will put you in workshop,at there have one technician will guide you repair car.But for me,you just learn how to repair.Ok,"

 "Thank you,sir,"seronoknya dah dapat lampu hijau untuk masuk bengkel.Kerja-kerja warranty bukan suatu kerja yang mudah.

  Ring...bunyi loceng,semua staff behenti melakukan kerja.Waktu rehat,wajib rehat!.Baharu setapak Erna melangkah menuju ke belakang.Fahmi sudah memanggil-manggil namanya.Alamak mamat nie nak apa lagi?,lemah hati aku.

 "Erna kenapa tak angkat call saya?,"Erna baharu teringat,fon dia masih dalam mode silence.Patutlah fon ni senyap je dari tadi.

 Melihat Erna tiada respon Fahmi terus melutut depan Erna.Terkejut beruk Erna,dia dah mula gelabah.Melihat keadaan sekeliling takut ada yang memerhati.Kalau tak macam pisang goreng panas cerita drama ni tersebar.

 "Bangunlah Fahmi,malu kat orang,"

 "Saya tak kisah,asalkan awak maafkan saya.Bagilah satu lagi peluang kat saya,saya betul-betul sayang kat awk,"dah jemu Erna mendengar perkataan 'peluang'.Sekali hatinya disakiti,jangan harap ada peluang untuk lelaki itu.

 "Saya maafkan awak,tapi untuk peluang tu saya tak boleh.Kita jadi kawan aje,"

 Laju air mata Fahmi mengalir,dia berharap dengan menangis dapat melembutkan hati Erna untuk menerimanya kembali. Jangkaannya meleset,Erna langsung tidak mengendahkannya.Hati Erna terlalu keras untuk menerima lelaki,jika dia terima jangan sesekali menyakiti.Jika tidak jangan harap ada peluang untuk mendapatkan hati Erna kembali.


 "Assalammualikum...Wan,Najwa nak pinjam duit boleh tak?,adik Najwa kat Kelantan.Nak pergi ambil dia,"pada mulanya hati Erwan terasa gembira sangat menerima panggilan daripada insan yang dia rindu.Apabila mengetahui tujuan si dia telefon,terasa suram kembali mood dia.

 "Waalaikummusalam,nak pinjam berapa?,"

 "Dalam tiga ratus ringit,macam biasalah.Wan masukkan dalam akaun bank najwa,"

 "Baiklah,Najwa nak Wan temankan ke?,"

 "Ehh..tak payah,kitakan dah putus nanti apa kata mak dengan ayah Najwa,"

 "Wan rindu kat mama,"

 "Najwa,minta maaf Wan.Wan carilah perempuan yang lebih baik daripada Najwa,"terus dimatikan telefon.

Hahahahaha...bodohnya kau Erwan,senang-senang je aku boleh minta duit daripada kau.

 "Sayang macam mana dapat tak pinjam duit dari dia?,"Zizul merangkul pinggang Najwa.

 "Mestilah dapat bang,pandaikan sayang,"Zizul adalah teman lelaki baharu Najwa.Hanya Erwan sahaja yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya.Meskipun masih menjadi tunang Erwan,perhubungan dia dengan Zizul sudah intim.Apabila terasa bosan dengan Erwan,Najwa ambil keputusan untuk putus.

Bersambung....tiada kaitan yang masih hidup ataupun yang sudah mati...

No comments:

Post a Comment