Erna membelek telefon pemberian Fahmi.Cantik fon nie,limited edision hello kitty samsung galaxy y.Aku bukan sengaja untuk menolak cinta kau,Fahmi.Seandainya kau lebih matang dan bertanggungawab dalam pekerjaan kau.Aku pasti akan menerima kau.Ahhhh....!
"Kau dah kenapa Erna?,"Johan pelik dengan Erna.Sehari kalau tak cakap sorang-sorang mesti tak sah minah nie.
Ish.....menyibuk betul si mamat kering nie.Suka hati akulah nak cakap apa-apa pun.Lelaki selalu membuat dirinya berasa rimas.Salah aku juga sebab pilih bidang yang ramai lelaki.Aku sorang aje perempun dalam bengkel.Ahhh....Erna kau betul-betul pelik!.
"Akak,...Erna dapat fon baru,"sampai aje kat bilik.Erna terus menyerang kak Zana.
"Budak nie,,,ada aje yang jadi kat dia.Kali ni apa pulak?,"Erna duduk di sebelah Zana.Dikeluarkan telefon pintar pemberian Fahmi.Zana tersenyum,dia faham dengan keadaan Erna.Walaupun memilih bidang lelaki,Erna seorang gadis yang kecil tubuh badannya dan rupa parasnya yang dapat menyejukan sesiapa melihatnya.Erna....kamu sebenarnya terlalu istimewa.
"Erna dah pulangkan balik fon nie tiga kali,kak.Dia tetap bagi kat Erna balik,dah bagitahu dengan mak.Mak cakap ambil jer,orang dah bagi.Tapikan kak,Erna tak boleh nak terima cinta dia.Keras betul hati Erna,"Zana membelek fon hello kitty Erna.Fahmi sanggup buat apa sahaja demi Erna,tapi sayang hati Erna susah untuk dimiliki.
"Assalammualaikum...ada pun kak Zana dengan Erna kat rumah.Wah.....cantiknya fon.Fon sapa nie?,"Dayah rakan serumah Erna baharu balik daripada kerja excited melihat fon Erna.
"Waalaikummuasalam..,"serentak Zana dengan Erna menjawab salam.
"Tu Fahmi yang bagi kak Dayah,"
"Nie mesti kes nak pujuk Erna,biasalah tu laki-laki,"
"Erna tak sanggup!,"Zana dengan Dayah terus tergelak melihat Erna.
"Tak pe orang dah bagi,meh akak ajar guna whatshap.Sekali add group serumah kita,"
Perempuan manalah yang sanggup hidup dengan aku,bekas tunang aku sendiri minta putus dengan aku.Sedangkan aku sanggup lakukan apa sahaja demi dia.Bodoh ke aku?,dayuskah aku?.Lima tahun tempoh yang lama aku bertahan dengan dia.Aku masih sayangkan dia dan perasaan rindu ini masih ada.
Erwan merenung pada motor scramblernye.Sejak putus tunang,motor GTR dijual dan sekarang motor scrambler yang menemani dirinya.Selepas membeli motor tu,hidup Erwan berubah 360 darjah.Dia start join group motor scrambler.Jika dulu selalu di rumah,sekarang banyak menghabiskan masa dengan pergi konvoi bersama kawan-kawannya.
Dia nekad,jika ada perempuan sanggup menaiki motor ini bersama dengan dia,akan dijadikan isteri!
Bersambung..penulis sibuk g dating...
No comments:
Post a Comment