Sahabat

welcome to my blog



Wednesday, 17 July 2013

Kisah Cinta Si Rider dan Modenas 2

 Aduh,,bestnya tengok mamat tu naik motor besar.Aku nie harapkan Modenas ajelah.Dengan badan aku yang kecil molek ini memang tidak sesuai,lagipun mak pun selalu bising apabila aku memilih untuk menunggang motorsikal.Ahhh...walaupun aku lemah lembut,dalam hati aku ini lain daripada perwatakan aku.

 "Erna,tolong ambil spanar 17,"tersedar dari lamunan.Erna cepat-cepat buka tool box,bagi pada Johan.

 "Kau apa kes?,dari tadi aku tengok asyik mengelamun je.Ingat kat boyfriend lah tu,"tempelak Johan.

 "Tak ada orang nak dekat Erna,"dia menarik tong minyak dan letak di bawah kereta.

 Kerut muka Johan,tak ada orang nak kat minah nie?,biar betul!.Setahu dia,Erna seorang gadis yang lemah lembut,sopan dan tidaklah kasar.Walaupun ambil bidang automotif,bidang lelaki.Pelik juga melihat tingkah laku Erna,dia seperti tidak berminat untuk berkawan rapat dengan mana-mana lelaki dalam bengkel ini.

 "Ada tu,Erna yang jual mahal,"

 Ishhh....sesuka hati dia je,cakap aku jual mahal.Aku ni bukan nak cari pakwe macam touch and go boleh pakai buang.Biarlah kekal sampai kahwin dan sampai akhir hayat aku.Kalau aku dah sayang orang tu,akan aku sayang buat selamanya.

 "Balik tak Johor hari tu?,"

 "Balik,"

 "Naik apa?,"

 "Motor,"

 "MasyaAllah," perempuan nie betul-betul tak ada perasaan.Tak pernah lagi aku jumpa perempuan seperti Erna,terlalu berdikari.

 Aku setia pada kau,selama lima tahun kita bertunang.Akhirnya kita perlu berpisah,adakan pengorbanan aku selama ini sia-sia?.Erwan memonolog sendirian.Dia teringat kata-kata Sofi,mungkin dengan mencari penganti,hidupnya tidak akan terikat lagi dengan kisah lama.

 Hari itu tidak sempat dia download application WeChat.Dia tersenyum sendiri,dia mengeluarkan telefon pintarnya.Misi harus dilaksanankan!.

 "Assalammualaikum bro,,,jom lepak kat dataran Shah Alam,"geng motor scrambler.Bunyinya macam menarik ajekan.Itulah aktiviti Erwan selepas
tunangnya...Oppsss..bukan,EXTUNANG!.Baharu tepat, .

 Dengan penuh bergaya Erwan menyarungkan jaket hitamnya...

Bersambung...penulis kepenatan...

No comments:

Post a Comment